CEO Mu’min

CEO Mu’min

Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim

ceo12
Merupakan anak kelahiran negeri Jelapang Padi. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star, Kedah Darul Aman.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan di dalam Pentadbiran Peniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, beliau telah bertugas di Celcom (M) Berhad dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Sumber Manusia Wilayah Utara.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang peniagaan dan telah menerajui sebagai Pengarah Urusan di Binary Perfection Sdn Bhd (Sebuah syarikat yang megendalikan kedai konsep untuk Celcom (M) Berhad dan pegedar alatan telekomunikasi.) dan Exa Ventures Sdn Bhd. (Syarikat di bawah bimbingan Malaysia Development Corporation (MDEC), mengkhusus di dalam bidang teknologi.). Seterusnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Agro Ocean Sdn Bhd (Sebuah syarikat usahasama dengan kerajaan Negeri Kedah Darulaman, pengkhususan di dalam penternakan ikan marin untuk pasaran eksport)

Pada tahun 2012, beliau telah mengorak selangkah lagi ke hadapan di dalam bidang perniagaan dengan pengambil-alihan saham Syarikat Al- Meswak Mu’min Sdn. Bhd, iaitu pegeluar ubat gigi halal Mu’min bersama sama isteri beliau Dr Wan Bt. Wan Harzita Mat yang juga merupakan seorang Doktor Pergigian.

Dengan pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan, beliau telah diberikan kepercayaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di dalam program keusahawanan dan pembangunan usahawan-usahawan baru. Atas sumbangan itu,  beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan berdasarkan pencapaian beliau di dalam sektor perniagaan :

 

  • Penerima Anugerah Usahawan Muda Berjaya Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010
  • Penerima Anugerah Usahawan Muda Berjaya Peringkat Negeri Kebangsaan 2010
  • Penerima Anugerah Antarabangsa, GCC Leadership Award in FMCG 2014
  • Ketua Kluster Peruncitan dan Pemborongan, Majlis Perunding Melayu
  • Ketua Penerangan Persatuan Pengilang Islam dan Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM)
  • Penasihat Luar Industri, Kolej Poly-tech MARA
  • Timbalan Setiausaha Agung Kelab Perdana Global Peace Foundation (KELAB PGPF)
Facebook Comments

1 Comment