​Gilakah Aku?

​Gilakah Aku?
​Gilakah Aku?

Teringat kata-kata seorang kenalan ketika berbicara untuk mengambil alih saham Mu’min sekitar tahun 2010. “Hang tok sah dok cari pasai, company sakit buat apa nak cari qeba (masalah)”. “Hang nampak dak jalan raya tu?” sambil menuding jari kearah jalan raya…” Baik hang pi duduk tengah jalan tu bagi Bas gelek (langgar)”.. Orang utara memang cakap bunyi kasaq sikit tapi maksud beliau adalah untuk menasihat. Harap Abg Mat Herier baca post ini 😆

2012 saya bertekad untuk lakuknya juga setelah hampir 2 tahun membuat analisa tentang syarikat ini…TEKAD hanya 1, MU’MIN sudah ada branding..nak develop Branding bukan mudah…nak buat produk memang mudah…

Alhamdulillah dalam masa 5 tahun ini Mu’min telah mempunyai 118 SKUs produk di pasaran…Kini Mu’min bukan sahaja ada UBAT GIGI kami ada pelbagai Personalcare produk…

Rasa teruja untuk 18 SKUs produk baharu ini berada di pasaraya dan kedai-kedai. Stok dah hantar ke stor pengedar…harapan agar bulan hadapan sudah masuk ke outlet.
Semoga Allah berikan kekuatan untuk terus berjuang…nak pinjam tagline sat na “PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI”…

Dok tanya juga dalam hati ni GILAKAH AKU NI?

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *