MENUJU PUNCAK

MENUJU PUNCAK
MENUJU PUNCAK

MENUJU PUNCAK

http://www.al-meswak.com.my

2016 hampir melabuhkan sauhnya. Tahun ini rasanya terlalu sekejap berlalu. Baru rasanya bayar bonus untuk staff tahun lepas, ehh dok mencongak bonus untuk pencapaian 2016.

Detik masa berklalu dengan pantas. bukan sahaja untuk tahun 2016 malah pejam celik dah nak masuk tahun ke-5 saya mengambil alih syarikat Mu’min ini.

Menerajui syarikat ini bermula Mac 2012 merupakan satu cabaran yang besar. Keputusan mengambil alih saham Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd (ALMM) pada peringkat awal hanya tertumpu kepada potensi JENAMA ini boleh menjadi satu jenama yang disegani di Malaysia suatu masa nanti. Namun saya terlepas pandang bahawa untuk membawa sesuatu jenama itu ke satu tanda aras, banyak cabaran dan liku yang perlu dilalui.

Cabaran pertama yang saya harus lalui adalah membahagikan masa dan tanggungjawab di antara ketua keluarga dan ketua sebuah syarikat. Keluarga dan anak-anak di utara dan syarikat di ibu kota. Setiap minggu saya terpaksa meredah highway, ruangan angkasa untuk memastikan tanggungjawab kepada keluarga dan syarikat terlaksana dengan baik. Pernah saya disapa oleh peramugari, katanya :

Pramugari :  Selamat bertemu lagi Encik minggu ini.

Saya :  Ya, Firefly harus berikan anugerah khas kepada saya sebagai pengguna tegar penerbangan ini. Mungkin saya ni dok ranking no 1 customer you ke utara.

Pramugari : Kalau ke Utara Encik jatuh no 3

Saya : Hah no 3, Nombor 1 siapa?

Pramugari : Kalau no 1, Dato XXXXXX (mantan pemimpin negeri) sebab dalam seminggu  ada 2 atau 3 kali terbang balik KL.

Saya : Kalau dia no 1 siapa no 2?

Pramugari : Bodyguard Beliau

Saya : Laaa

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Selama 4 tahun menerajui ALMM banyak perkara yang saya pelajari dalam mematangkan diri dalam perniagaan. Setiap usaha oleh kakitangan dan dengan misi dan visi yang jelas untuk membawa ALMM “to the next level” nampaknya telah membuahkan hasil. Pengguna kini telah kembali berbicara  tentang produk Mu’min bukan sahaja dari sudut “outlook packaging” produk sahaja malah kualiti produk itu sendiri. Pelbagai pengiktirafan domestik dan antarabangsa kini telah diraih. Ini merupakan satu indikator atau tanda aras bahawa Mu’min dulu bukanlah yang sekarang….

Anugerah Peringkat Antarabangsa (Timur Tengah)

Pada tahun 2014 ALMM telah menerima pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kepimpinan Perniagaan Timur Tengah 2014 (The Middle East Business Leaders Awards 2014). ALMM dengan jenama Mu’min telah dianugerahkan “Leadership Excellence In Fast-Moving Consumer Goods”. Penganugerahan telah di buat di Hotel Burj Khalifa, Dubai, UAE Masih segar dalam ingatan saya betapa rasa rendah dirinya saya berdiri dikalangan ahli-ahli perniagaan dan top achiever leader bagi menerima anugerah tersebut. Juga masih terdengar di telinga saya ucapan daripada VVIP berbangsa Arab pada malam tersebut, katanya,

“Congratulation, good luck in your business. You got two things, you got DUNIA and you got AKHIRAT”.

award-dubai

Maksud beliau dalam penyediaan produk halal untuk pengguna bukan sahaja keuntungan dunia sahaja yang diperolehi, malah pahala akhirat juga deperolehi. Saya Ameenkan kata-kata beliau moga ALLAH pandang usaha kecil ini.

Anugerah Peringkat Antarabangsa

Pada tahun berikutnya 2015, ALMM sekali lagi menerima penganugerahan Antarabangsa. Majlis kali ini diadakan di Kuala Lumpur telah mendapat Anugerah ” Industry Class in FMCG & Masterclass Emerging Brand of The Year” daripada majalah ‘The Leaders International’ pada tahun 2015

Global Leadership Award

Global Leadership Award

Asia Pasific CSR Award : Sosial Responsible Company In Health Enhancement 2016

img-20151118-wa0099

TESCO AWARD : SME SUPPLIER OF THE YEAR 2016

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *