MENGEJAR PELANGI

MENGEJAR PELANGI
MENGEJAR PELANGI


Ya Allah, Tuhan yang mentakbir sekelian alam yang bersifat Berkuasa (Qudhrat) atas segalanya. Di tanggal 22 Mac 2016 ini ku tinggalkan anakanda Haniey Hazri untuk menuntut ilmu di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) salah sebuah sekolah terbaik di Malaysia bagi mengejar cita-citanya menjadi antara insan yang berjaya dalam jurusan sains dan islam. Walaupun jauh ratusan batu namun kami yakin Kau jualah sebaik-baik penjaga kepada semua mahluk.

20160322_094829[2]

 

Ya Allah, Tuhan yang bersifat Berkehendak(Iradat) menentukan atas segalanya . Sesungguhnya kami sebagai ibu dan Bapa telah merancang yang sebaiknya untuk zuriat kami yang telah Kau amanahkan kepada kami. Kami redho dengan apa jua ketentuan Mu kerana sesungguhnya sebaik perancangan adalah dari Mu jua.

 

FB_IMG_1458638596149[1]

Terima kasih kepada anakanda Hannah Hazri kerana sentiasa memberikan contoh yang terbaik kepada adik-adik semuanya, sesungguhnya kamulah yang sentiasa membuka ruangan dan ilham kepada adik-adik untuk mencapai kecemerlangan.

 

Hannah

Papa tahu kamu juga bercita-cita untuk ke KISAS namun percayalah apa yang telah ditakdirkan kepada Hannah adalah yang terbaik untuk Hannah. Mendapat keputusan yang cemerlang di Maktab Mahmud dan Papa sangat  berbangga dengan sifat kepimpinan yang telah dicungkil oleh SMKA Al-Irsyad. Kejarlah cita-cita Hannah sesungguhnya perjalanan hidup ini masih jauh lagi.

IMG-20150430-WA0084[1]

 

Ya Allah, Tuhan yang bersifat Ilmu (Mengetahui). Kau terangkanlah hati kesemua zuriatku dalam mengekplorasi keilmuan duniawi dan ukhrawi agar segala ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kepentingan individu dan ummah. Sesungguhnya sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dapat dimanfaatkan kepada sekelian alam.

IMG-20160322-WA0027[1]

Ya Allah, Tuhan yang bersifat Kalam (Berkata-kata). Kau petahkanlah zuriat kami dengan kalam yang benar dan bukan Kalam yang sia-sia. Kau jadikanlah kalam zuriat ku dengan kalam yang dapat mengubah kepesongan dunia kepada yang lebih baik. Sesungguhnya kepesongan dunia hari ini memerlukan seorang pemimpin yang dapat memadamkan yang bathil dan menegakkan yang Haq.

FB_IMG_1458638609125[1]

Ya Allah, Tuhan yang bersifat dengan Keadaan-Nya yang mendengar (Kaunuhu sami’an). Kau makhbulkan doa kami sebagai ibu dan bapa sebagaimana kau makbulkan doa Nabi Ibrahim agar segala zuriat dan keturunannya terdiri daripada mereka yang mendirikan solat, meninggalkan yang di larang dan mengerjakan yang disuruh olehMu. Sesungguhnya sebaik-baik pengakhiran adalah ditempatkan di JANNAH Mu jua.

Amin Rarabbalalamin.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *