YANG MISKIN TIDAK DILUPAKAN

YANG MISKIN TIDAK DILUPAKAN
YANG MISKIN TIDAK DILUPAKAN

Alhamdulillah seperti tahun yang sebelumnya Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd dapat melakukan ibadah korban pada hari raya Aidiladha yang kedua, 6 Oktober 2014. Namun pada tahun ini keadaannya agak berbeza sedikit kerana tahun ini ALMM melakukan ibadah korban bersama masyarakat Rohingya. 

Lokasi ibadah Qurban tahun ini adalah di Madrasah Darul Quran, Solok Terubuk, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

img_2503Sekalung pujian harus diberikan kepada masyarakat Melayu di sana kerana keprihatinan mereka dan di atas rasa tanggungjawab sesama islam mereka telah membina sebuah surau kecil untuk masyarakat Rohinya ini beribadah dan seterusnya menjalankan aktiviti keagamaan seperti menyediakan kelas pengajian kepada anak–anak mereka. Surau ini dibina di atas usaha masyarakat Qaryah dan bantuan orang ramai. Buat masa ini bekalan elektrik dan air belum dimasukkan ke  surau ini, namun seorang Hamba Allah telah memberikan kebenaran untuk memakai bekalan elektrik dan air dari rumah beliau. Kami difahamkan terdapat lebih kurang 50 anak-anak kecil yang menimba ilmu agama setiap hari di surau ini. 

img-20141002-wa0049Surau ini terletak di tanah kerajaan berhampiran dengan reserve pencawang elektrik TNB. Khabarnya seramai lebih kurang 300 orang warga Rohinya di sekitar kawasan tersebut yang melakukan pelbagai pekerjaan untuk sara hidup mereka.

Ada dikalangan mereka yang yang hidup ibarat “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus hidup di bumi Allah ini. Kelas pengajian diadakan setiap hari agar anak-anak Rohinya ini tidak JAHIL ilmu.

img_2469Sepanjang pengalaman saya melakukan ibadah korban, tahun ini benar-benar memberikan kesan di dalam hati saya kerana dapat merasai HAKIKAT sebenarnya ibadah korban.

Ingatlah bahawa jika kita hidup dalam apa keadaan sekalipun namun ada mereka yang memerlukan bantuan kita. Bantuan tidak semestinya dengan wang ringgit, ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti tenaga dan sokongan moral.

img_2532Janganlah bila kita melihat warna kulit mereka, penampilan mereka atau budaya mereka agak berlainan, kita terus meminggirkan mereka. Ingatlah nilai seorang insan di sisi Allah adalah ketakwaan kepadaNYA.

Sekalong tahniah saya ucapkan kepada warga ALMM yang turun dari jauh bersama keluarga masing-masing dan juga warga Qaryah kelompok Terubuk, Seberang Jaya, Pulau Pinang yang mengorbankan masa, tenaga bagi menjayakan ibadah Qurban ini.

Sekiranya ada masyarakat prihatin yang sudi menghulurkan bantuan untuk bekalan akhirat bolehlah menyalurkan bantuan kepada masyarakat Rohinya ini ke akaun yang tertera :

En Limi Hawari : 017-4418969

CIMB : 0728-000-7900-208

Semoga usaha kecil kita ini dapat meringankan beban mereka. Insyaallah

Ikhlas,

Hj Zaihal Hazri Bin Hj Abdul Halim

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *