USTAZ HASLIN BAHARIM DUTA PRODUK MUMIN

USTAZ HASLIN BAHARIM DUTA PRODUK MUMIN
USTAZ HASLIN BAHARIM DUTA PRODUK MUMIN

Segala puji-pujian bagi Allah SWT tuhan yang mencipta sekelian alam serta junjungan besar Nabi Muhammad SAW penghulu segala makhluk. Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mempunyai ruang untuk menulis entri blog saya kerana kesibukan tugasan harian.

Kini hampir 2 tahun Yb Ustaz Haslin Baharim menjadi Duta kepada Produk Mu’min. Menyingkap kembali perkenalan saya dan pertemuan untuk kali pertama dengannya, beliau merupakan seorang yang mudah didekati. Mungkin ramai yang telah mengetahui, melihat kepada personaliti tokoh agamawan ini beliau merupakan seorang yang periang dan penuh dengan jenaka. Walaubagaimanapun di sebalik sifat riangnya beliau sangat tegas terutama perkara-perkara yang berkaitan hukum dan agama. Banyak nasihat yang beliau telah berikan kepada saya iaitu nasihat bersifat peribadi mahupun yang berkaitan dengan syarikat.20130612_162307

Pencapaian beliau pada hari ini bukanlah dicapai dengan mudah. Lahir dari kalangan keluarga yang besar, beliau dipelihara nenek dan dibiayai oleh 2 orang individu dermawan untuk melanjutkan pelajarannya ke Pakistan. Kini beliau merupakan salah seorang seleberiti agama yang disegani.

Semoga jalinan kerjasama di antara Syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd dan Ustaz Haslin Baharim dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak terutamanya kepada pembangunan jenama Mu’min.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Ustaz kerana kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan. Semoga Allahlah yang dapat membalasnya dengan sewajarnya.

Iklas dari :

Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim

www.al-meswak.com.my

www.facebook.com/muminproduct

www.facebook.com/ubatgigimumin

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *