HADIAH DARI KAMI KEPADA PENGGUNA

HADIAH DARI KAMI KEPADA PENGGUNA
HADIAH DARI KAMI KEPADA PENGGUNA

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan IlhamNYA syarikat kami telah selesai membuat pembaharuan kepada produk kami dan kini telah berada di pasaran bermula bulan Disember 2014. Setelah setahun merencanakan strategi penyusunan semula produk akhirnya ianya telah menjadi realiti.

Perencanaan “Strategi Penjenamaan” dengan mengkaji kehendak dan keperluan pasaran, syarikat Al-Meswak Mu’min telah mengklasifikasikan produk kami kepada 3 kategori iaitu :

1. Rangkaian Max Oral Care
2. Rangkaian Premium
3. Rangkaian Value For Money

Rangkaian Max Oral Care

Mungkin sukar dipercayai bahawa dua insan yang memberikan ilham kepada saya untuk mengeluarkan produk ini adalah Dr. Daniel Zainal Abidin dan Tun Mahadhir Muhammad.

Dr Daniel Zainal Abidin merupakan mantan YDP Pert
ama JIM Pulau Pinang. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang.Beliau juga banyak menulis buku-buku terutamanya Sains dan Islam. Antaranya Quran Saintifik, Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad, Konsep Perubatan Islam, Mida Muslim Super dan banyak lagi buku-buku tulisannya. Secara kebetulan pertemuan saya dengan Dr Daniel semasa saya menaiki pesawat dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur. Tun Mahadhir Muhammad tidak perlu di perkenalkan lagi kepada umum. Saya berpeluang berbual dengan Tun M semasa jamuan ringan perasmian Kelab Perdana Global Peace Foundation pada Januari 2013.

Kedua-dua mereka adalah Doktor perubatan sebelumnya. Bila bercakap tentang Ubat Gigi yang mereka gunakan, mereka sangat mementingkan kualiti dan hasil kajian saintifik, kerana bagi mereka walaupun ubat gigi itu HALAL dalam proses pembuatannya namun kualiti dan hasil kajian saintifik amat dititik beratkan. Justeru itu saya mengambil langkah berani dengan bantuan dan nasihat isteri saya Dr Wan Harzita yang juga merupakan Doktor pergigian, kami merencana Rangkaian Produk Max Oral Care.

Rangkaian Max Oral Care didatangi dengan tiga (3) variasi, Max Oral Care Pro Clean, Max Oral Care Whitening dan Max Oral Care Sensitive. Produk ini dijangkakan mampu bersaing dengan keluaran produk penjagaan gigi oleh syarikat “Multinasional” yang telah bertapak dipasaran Malaysia sejak sekian lama,

 


Rangkaian Premium

Rangkaian Ubat Gigi Premium pula adalah penambah baikan dari produk Ubat gigi kami yang sedia ada. Namun ianya didatangi dengan formulasi yang baru dengan penambahan Ektra Ekstrak Pudina, Kayu Sugi dan Pati Zaitun. 

Penambah baikan bukan sahaja dari segi formulasinya namun dengan pembukusan yang lebih menarik. Bagi pengguna yang telah lama menggunakan ubat gigi ini, ianya adalah hadiah dari syarikat kami kepada anda. Nikmatilah formulasi yang baru ini dengan HARGA YANG SAMA.

Terdapat 3 variasi untuk rangkaian ini :

1. Ubat Gigi Mu’min Premium : Ekstra Pudina Asli 

 

2. Ubat Gigi Mu’min Premium : Ekstra Kayu Sugi 

3. Ubat Gigi Mu’min Premium : Ekstra Pati Zaitun 

Rangkaian Value For Money

Semasa kunjungan saya di pasaraya tempatan saya mendapati ada pengguna yang memilih ubat gigi dari “inhouse brand” atau jenama pasaraya itu sendiri. Apabila ditanya kepada mereka kenapa jenama ini menjadi pilihan mereka, dana jawapan mereka adalah HARGA…Tidak dinafikan pengguna datang dari pelbagai latar belakang ekonomi. Rangkaian Value For Money ini adalah syarikat kami kepada anda. Dalam suasana ekonomi yang harga barang sentiasa naik syarikat kami menghadiahkan kepada anda rangkaian produk berkualiti dengan harga berpatutan. Sila bandingkan harga produk ini dengan jenama yang lain, dengan kuantiti yang banyak 175gm tetapi harganya masih murah berbanding dengan jenama yang lain.

Ianya didatangi dengan dengan dua variasi :

1. VFM : Pudina Asli

2. VFM : Kayu Sugi. 

Teringat kata-kata seorang sahabat saya, “Sebagai pengeluar produk kita bukan sahaja bertanggung jawab untuk mengeluarkan produk yang halal malah ianya biarlah berkualiti dan memberikan manfaat kepada masyarakat”. 

Terimalah Hadiah dari syarikat kami kepada anda. Moga ianya memberikan kebaikan kepada semua.

Sekian Wasalam,

Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim
Ketua Pegawai Eksekutif,
Al-Meswak Mu’min

www.al-meswak.com.my
www.facebook.com/muminproduct

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *