BINTANG NASYID MUMIN MUSIM KE 6

BINTANG NASYID MUMIN MUSIM KE 6

NILAI KEAMANAN TIADA NILAINYA

Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT dan Selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah Pertandingan Akhir Bintang Nasyid Mu’min Musim Ke-6  Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 15 sehingga 17 November 2014. Seperti tahun yang lalu, BNM6 akhir di anjurkan bersama Persatuan Seni dan Budaya (PERDANA), Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya. Ini adalah kerana rentetan dari kerjasama Syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd. (ALMM) dan PERDANA pada tahun 2013 telah dianugerahkan sebagai Projek Kerjasama Terbaik oleh Bahagian Hal Ehwal, Universiti Malaya.

Selain bagi mencungkil bakal-bakal seni di kalangan pelajar sekolah menengah, nawaitu atau niat kami adalah “BERDAKWAH MELALUI SENI”. Remaja dan hiburan bagaikan irama dan lagu, tak dapat dipisahkan. Namun ALMM melihat kesenian itu jauh boleh dimanfaatkan untuk dakwah. Saya secara peribadi telah menerima beberapa komen yang sangat positif daripada pihak guru-guru dan ibu bapa tentang perkara ini. Ada di kalangan ibu bapa yang turut serta memberikan sokongan kepada anak-anak mereka di dalam pertandingan ini.  Ada yang datang dari nun jauh di Utara tanahair, ada yang datang dari selatan da nada yang menaiki keretapi selama 12 jam perjalanan. 

Kali ini saya dan warga ALMM cuba membawa kelainan untuk pertandingan ini. Umum telah mengetahui bahawa ALMM adalah satu syarikat Bumiputera yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin. Pada tahun 2009 syarikat kami telah melancarkan kempen “SELAMATKAN PALESTIN”. Kami telah melancarkan tabung kecemasan kepada rakyat Palestin pada  tahun tersebut dan sumbangan kami telah diserahkan kepada mereka melalui PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA. Kesinambungan daripada inisiatif tersebut saya secara peribadi merasakan ianya patut diteruskan. Isu Palestin bukan sahaja harus dilihat sebagai konflik di antara agama Islam dan Yahudi semata-mata. Ianya harus dilihat sebagai pencabulan hak asasi manusia oleh satu golongan masyarakat yang berjiwa binatang yang mencabul hak rakyat Palestin. Sehubungan dengan itu, ALMM meneruskan inisiatif tersebut. 

Penganjuran pada tahun ini bertemakan “KEAMANAN SEJAGAT”.Ianya bertujuan untuk memupuk rasa kecintaan masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah agar mencintai keamanan yang kita telah kecapi di bumi Malaysia ini. 

Penganjuran BNM6 tahun ini dianjurkan oleh PERDANA Universiti Malaya, KELAB PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION dan ALMM bertindak sebagai penaja utama. Untuk makluman umum Kelab PGPF telah ditubuhkan pada Januari 2013 dengan bertujuan untuk mempromosikan keamanan keseluruh dunia. Kelab ini merupakan sayap kepada “PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION” dan ianya dipimpinan saudara Mohamad Radzilah selaku “Secretary General”. Beliau merupakan seorang aktivis keamanan yang bersama menaiki kapal dalam misi  “The Spirit Of Rachel Corrie Mission”.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh Sekolah Madhad Muar, Johor iaitu Kumpulan Izdan. Tempat ke- 2 di gondola oleh Kumpulan Anugerah dari Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur dan tempat ke-3 Kumpulan Soutul Azim dari Melaka.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Perdana Global Peace Foundation kerana memberikan sokongan untuk Kelab Perdana Global Peace Foundation selaku penganjur bersama program, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri yang tidak putus-putus menyokong usaha kami bermula dari BNM musim 1 sehingga musim 6, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Yayasan Restu, Nestle, Telaga Biru, Pelantar Saudagar, Pasaraya-pasaraya yang menyediakan tempat pertandingan serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terhadap penganjuran program ini.

Al-Quran penyuluh Hidup serta pedoman,

Hadis dan Sunnah Rasulullah ikutan kehidupan,

Bersama kita berdakwah untuk keamanan,

Agar kesejahteraan kekal berpanjangan.

Sekian,

Iklas dari…

Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim.

www.al-meswak.com.my

www.facebook.com/muminproduct

www.facebook.com/bintangnasyidmumin

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *