Majlis Korban : Program Jalinan Kasih

Majlis Korban : Program Jalinan Kasih

Bismillahirahmanirahim,

Sekarang jam di dinding menunjukan waktu hampir Subuh, 4.20 pagi. Saya baru tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang.

Mata masih segar…sementara menantikan waktu subuh rasa ingin menulis serba sedikit di ruangan blog ini.

Walaupun agak terlambat untuk berbicara tentang Ibadah Korban, namun suka saya berkongsi sedikit pengalaman Syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd mengadakan ibadah korban di Bandar Kemunting Perak bersama-sama penduduk Qariah Masjid Kampung Expo. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut dengan izin Allah lembu yang disumbangkan oleh syarikat kami sebanyak dua (2) ekor selamat di Korbankan.

Ucapan terima kasih kepada Pengerusi Masjid dan Ahli-ahki jawatan kuasa serta seluruh warga Qariah Masjid Kampung Expo kerana memberikan kerjasama yang begitu jitu sekali demi menjayakan ibadah Korban ini. Alhamdulillah ini adalah tahun yang Ke 5 syarikat kami mengadakan ibadah korban. Sekalong tahniah saya ucapkan kepada warga Al-Meswak Mu’min serta keluarga yang meluangkan masa dan berkorban waktu cuti bagi memberikan komitmen terhadap tugasan. Terutamanya kepada kakitangan syarikat iaitu En Ramli Abas kerana memastikan program ini berjaya.

Bagi saya secara peribadi ini merupakan pengalaman ketiga saya belajar cara-cara penyembelihan lembu. Menarik dan teruja. Insyaallah tahun hadapan mungkin saya sendiri dapat menyempurnakannya.

Namun sedikit peringatan tentang pengertian dan hakikat korban. Bukan darah dan daging yang sampai kepada Allah SWT, namun keiklasan melakukan ibadah tersebut adalah pokok pangkal segalanya.

Pengorbanan

Nabi Allah Ibrahim AS, Nabi Allah Ismail AS serta Saidatina Hajar telah diuji Allah dengan perkara yang kalau sebagai umat biasa akan mempersoalkan arahan itu kerana kita terpaksa melepaskan apa yang paling sayang dalam hidup. Namun bila tiba perintah Allah SWT tiada kompromi lagi. Bagaimana pengajaran disebalik kisah ini dapat kita jadikan panduan untuk kita jalani hidup ini. Sebagai seorang ketua keluarga apakah tanggungjawab kita terhadap anak, isteri dan keluarga secara keseluruhan. Sebagai seorang anak kita patut patuh kepada arahan Bapa tercinta dan yang akhir sekali sebagai seorang isteri, apakah tanggung jawab kita kepada suami dan keluarga.

Moga pengajaran dalam ibadah korban dapat kita hayati bersama.

 

Sekian Terima kasih

Yang Benar,

 

Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *