ANAK YATIM YANG BERBAKAT BESAR

ANAK YATIM YANG BERBAKAT BESAR
ANAK YATIM YANG BERBAKAT BESAR
Semalam sebelum melelapkan mata sambil mendengar aluanan lagu nasyid dan salah satu lagu yang menyentuh perasaan saya adalah lagu alunan Kumpulan Rabbani berjudul Pergi Tak Kembali. Subhanallah mendengar suara Ustaz Asri membuatkan hati saya bergetar terkenangkan beberapa kenangan semasa menunaikan umrah pada tahun 2007 dan bertemu dengan mereka di Tanah Suci.

Saya bertanya kepada Ustaz Asri bagaimana petua menjaga suara. Dengan nada merendah diri beliau menjawab, “Tak ada petua Syeikh ini semua anugerah dariNYA”.
Setelah Arwah kembali mengadap penciptanya, saya dan team Mu’min berkesempatan melawat pusat pengajian AL-Barakah, sebuah pondok pengajian moden di bawah penyeliaan Yb Ustaz Kazim Alias. Pusat pengajian ini harus diberikan pujian kerana di sana para pelajarnya bukan hanya didedahkan dengan pembelajaran agama sahaja, malah mereka juga didedahkan dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti kesenian. Pusat pengajian Al-Barakah ini mempunyai sebuah kumpulan Nasyid yang mempunyai mutu persembahan yang baik dan mereka pernah menjadi Johan Bintang Nasyid Mu’min, peringkat Negeri Perak dan melayakkan mereka untuk bertanding di peringkat kebangsaan pada tahun 2012.
Dua (2)orang ahli kumpulan itu yang merupakan anak kepada Allahyarham Ustaz Asri yang mempunyai bakat yang besar.  Kalau tak salah pada waktu itu mereka sudah menghafaz 5 juzuk Al-Quran.  Pepatah melayu ada mengatakan di mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi…mereka sebenarnya mewarisi bakat ayah mereka.
Saya mendoakan agar anak-anak Arwah Ustaz Asri menjadi insan yang terbilang suatu hari nanti supaya menjadi insan yang berguna kepada Bangsa dan Agama. Amin Insyaallah.
Ikhlas,
Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim
www.al-meswak.com.my
www.facebook.com/produkmumin
www.facebook.com/ubatgigimumin
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *