MU’MIN TEGUH MENYOKONG RAKYAT PALESTIN

MU’MIN TEGUH MENYOKONG RAKYAT PALESTIN

pgpf-palestineAssalamualaikum,

Segala puji-pujian kepada Allah SWT, tuhan semesta alam serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Rentetan daripada jemputan sahabat saya iaitu En Muhammad Razillah ke program anjuran  Perdana Global Peace Foundation (PGPF) di PWTC tempohari ianya mencetus suatu lembaran baru bagaimana untuk Syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd (ALMM) memberikan sokongan yang berterusan kepada masyarakat Palestin.

Sebenarnya bantuan kepada masyarakat Palestin oleh syarikat kami bukanlah kali pertama ini. Sebelum ini ALMM pernah menyumbangkan DANA kepada rakyat Palestin melalui, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada tahun 2010. Namun usaha ini hanyalah bersifat “one Time Off” atau dalam bahasa mudahnya bila bangkit Isu Palestin-Israel maka timbullah dana-dana sebegini daripada syarikat korporat.

pgpf 1Secara ikhlas saya memuji usaha-usaha berterusan yang dijalankan oleh beberapa badan-badan NGO terhadap isu Palestin seperti PGPF naungan Tun Dr Mahadhir Muhammad, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan juga NGO-NGO lain seperti AMAN Palestin , Al-Mustafa Foundation Malaysia, Aqsa Syarif Berhad, Sekretariat MAPIM, Viva Palestina Malaysia (VPM), Yayasan Amal Malaysia, Yayasan Salam Malaysia serta lain-lain lagi. Badan-badan NGO ini tidak pernah jemu memperjuangkan nasib rakyat Palestin kerana tanpa sokongan kita dan masyarakat dunia lain bagaimana rakyat Palestin mampu bangun menentang Israel.

Sehubungan dengan itu ALMM bertekad untuk menjalankan usaha-usaha bersifat berterusan untuk membantu rakyat Palestin melalui PGPF. Insyaallah selagi hayat dikandung badan ALMM akan menjalankan usaha-usaha sebegini. Nantikan perkembangan dan program kami sebagai tanda sokongan kami kepada rakyat Palestin.

20121120_095319

Akhir kalam saya juga menyeru masyarakat Malaysia agar menggunakan kuasa beli yang ada di tangan kalian untuk tidak membeli produk-produk keluaran Israel dan juga produk-produk yang dikeluarkan oleh sekutu kuat Israel. Percayalah tiada mudarat kepada kita jika kita tidak menyokong produk-produk tersebut.

“A RINGGIT WE SPEND TOWARD CONTRIBUTION TO ISRAEL ECONOMY, IT MIGHT BE USED TO KILL OUR PALESTINIAN BROTHERS AND SISTERS ”.

Tepuk Dada Tanya Iman.

Sekian, Wasalam.

 

Haji Zaihal hazri B Haji Abdul Halim.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *