MASIHKAH ADA SINAR BUAT PALESTIN?

MASIHKAH ADA SINAR BUAT PALESTIN?
palestin1Assalamualaikum,
Menjelang detik 1 Jan 2013, jam 11.30 malam.
Saya baru pulang dari mendengar kuliah ilmu bertajuk “Bila Matahari Terbenam”, bertempat di Masjid At-Takwa, Bertam Indah, Kepala Batas Pulau Pinang dengan ahli-ahli panel yang penuh berkaliber iaitu  YB Ustaz Rosli Othman (Ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang), YB Ustaz Zawawi (Imam 1 Masjid At-Takwa) dan Ustazah Marziah.

Setelah jam tepat 12.00 malam bunyi dentuman bunga api bergemerlapan di Kepala Batas yang merupakan aktiviti tahunan di kawasan penempatan di sini.. Sungguh indah cahaya bunga api tersebut namun terdetik di fikiran saya tentang pertemuan saya dengan Duta Palestin H.E Abdulaziz Abughosh di mana beliau secara jelas menceritakan tentang perjuangan beliau untuk menyelamatkan bumi Palestin sejak umur beliau 15 tahun. Beliau menceritakan bagaimana bunyi dentuman bom-bom Israel yang telah menjadi halwa telinga masyarakat Palestin.
 palestin2
Ketika menghadiri satu Majlis yang di anjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang juga membicarakan tentang isu Palestin, saya dijemput untuk menyampaikan ucapan di Majlis tersebut. Majlis pada hari tersebut cukup menyentuh jiwa saya. Saya hampir tidak boleh meneruskan ucapan saya bilamana saya membicarakan tentang harapan rakyat Palestin di masa hadapan. Teringat saya pengalaman adinda saya yang di tugaskan ke Gaza, beliau menceritakan tentang balu-balu yang kehilangan suami, anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa, secara jelas bila ditanya objektif  hidup mereka hanyalah untuk berjihad dan mati bukan suatu perkara yang menakutkan bagi mereka.
 palestin3
Rentetan dari pertemuan tersebut saya bertanya kepada diri saya apakah sumbangan saya terhadap penderitaan rakyat Palestin. Mungkin saya leka dengan apa yang Allah telah anugerahkan kenikmatan kepada saya selama ini dan saya hampir terlupa bahawa ada segelintir manusia yang mengalami kesulitan dalam hidup mereka. Subhanallah…..
Sehubungan dengan itu, saya bertekad untuk menggunakan ruang, peluang yang Allah kurniakan kepada saya untuk membantu masyarakat Palestin. Pada pertemuan tersebut saya mengistiharkan setiap pembelian produk Ubat Gigi Mu’min, sebanyak 20 sen akan saya sumbangkan kepada “Tabung Mu’min Palestin”. Jesteru itu saya mengajak seluruh masyarakat Malaysia khususnya pengguna Ubat Gigi Mu’min untuk bersama-sama untuk menyumbang kepada Rakyat Palestin. Sekurang-kurangnya sumbangan kecil kita ini akan dapat meringankan beban mereka.
http://www.youtube.com/watch?v=7sTJNcXI4h
.
 Firman Allah SWT dalam surah Al Bakarah ayat 261:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ  وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Sekian, Wasalam
Iklas dari
Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *