BSUGI, Bersugi Kini Lebih Mudah : ALMM MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULLULLAH SAW

BSUGI, Bersugi Kini Lebih Mudah : ALMM MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULLULLAH SAW

الحمد لله رب العالمين،والصلاة والسلام على أشرفالأنبياء والمرسلين, نبينا محمد وعلىآله وصحبه أجمعين أمابعد

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarga-Nya dan para Sahabat-Nya.

Sejarah sememang telah menunjukkan Islam tidak tertinggal daripada sains dan teknologi. Saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai kajian khusus kami mengenai sugi.

kayu sugi

Sebagaimana kita maklum, Berus sugi dalam bahasa Arab dipanggil miswak adalah diambil daripada akar pokok “Araak” atau nama saintificnya Salvadora Persica.

Ianya terkenal sejak sekian lama sebagai satu-satunya alat penjagaan gigi dan mulut yang organik, mudah dan terbukti berkesan. Sebenarnya pengunaan miswak ini telah direkodkan seawal 7000SM di dalam kaedah perubatan Babylon dan ayurvedic India, dan tamadun-tamadun agung seperti Greek, Rom, Mesir Lama, Yahudi dan di dalam tamadun Islam sendiri.

Di dalam sejarah Islam pula tertulis bahawa berus sugi juga adalah amalan para nabi-nabi. Nabi Muhammad SAW amat menggalakkan umat Islam bersugi sebagai satu amalan kebersihan diri dan kesempurnaan ibadat. Baginda ada menerangkan bahawa amalan bersugi bermaksud membersihkan gigi dengan menggunakan benda yang kesat lagi suci seperti kayu sugi dan sebagainya.

Daripada Ibn Umar r.a. berkata :  

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Rasulullah seterusnya menekannya kepentingan bersugi dalam persediaan umat Islam untuk beribadat kepada Allah terutamanya ketika hendak menunaikan solat. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata :

 

Rasulullah s.a.w. bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَاللهُ عَنْهُ ، قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلىاللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَاأَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِيلَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

“Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (hadis riwayat Al-Bukhari).

Namun apa yang boleh kita fahami amalan bersugi ini amat dituntut.

 

Kajian saintifik menunjukkan terdapat pelbagai fakta yang membuktikan kebaikan kayu siwak. Antara fakta mengenai struktur kimia; telah dinyatakan oleh seorang pakar farmasi yang dikenali sebagai Sallahuddin Hanafi setelah beberapa eksperimen dijalankan ke atas ubat gigi yang dihasilkan daripada kayu siwak.

1)            Ia mengandungi beberapa sumber garam mineral asli, sodium klorida (sodium chloride), kalsium, sodium, fosfat (phosphate), zat besi, silica, dan lain-lain lagi. Ternyata sebahagian daripanya mempunyai faedah yang tersendiri pada gigi serta gusi manusia. Di antaranya, bahan klorin yang terdapat di dalam sodium klorida membantu mengekalkan keputihan kepada gigi.

2)            Ia juga mengandungi minyak yang berbau harum (essences oil), merupakan sejenis minyak yang mempunyai haruman yang menyegarkan yang hampir sama dengan haruman ubat gigi yang berada di pasaran pada hari ini. Kajian mengatakan bahawa minyak ini warnanya perang kemerah-marahan. Boleh dikatakan salah satu daripada faedah bersiwak adalah mengelakkan bau yang tidak menyenangkan hasil tinggalan sisa-sisa makanan di antara celah gigi.

3)            Malah kini telah wujud berbagai penemuan ilmiah dari sudut sains berkaitan dengan kayu siwak serta hikmahnya kepada kesihatan mulut dan gigi.

Seorang lagi pengkaji iaitu Profesor Doktor Abdullah Abdul Ar-Razak Mas’ud As-Sa’id di dalam bukunya yang bertajuk “Siwak, Perhatian Berat Dalam Pengamalannya Untuk Kesihatan Gigi” juga telah mengkaji mengenai kebaikan siwak ini, antaranya :

1)            Kayu siwak terdiri daripada beberapa ciri yang boleh kita dapati daripada “gall tree” yang dipercayai sebahagian daripada bahagian tumbuhan atau pokok yang secara saintifiknya mempunyai bahan anti-kulat juga sebagai bahan lawas untuk penghadaman.

2)            Malah kini terkenal di dalam penggunaan anti pengaliran darah (pembekuan darah). Namun Doktor Abdullah Abdul Razak menegaskan bahawa kayu siwak adalah bersih serta ciri-ciri yang terkandung di dalamnya boleh membersihkan gusi serta gigi manusia serta merawat luka kecil yang terdapat pada gigi kita serta menghalang pengaliran darah daripadanya.

3)            Bahan yang terdapat di dalam siwak mempunyai perkaitan dengan sejenis minyak yang dinamakan “Sinigrin” (minyak biji sawi @ mustard). “Sinigrin” ini juga digunakan di dalam pembuatan sejenis agar-agar yang digabungkan dengan gula yang boleh kita dapati daripada buah anggur.

4)            Namun dengan penggunaan sejenis enzim “Myrosinaze enzymes” dapat memisahkan agar-agar itu kepada dua komponen semula, iaitu minyak “Sinigrin” dan gula anggur.

5)            Hasil minyak ini baunya cukup kuat malah rasanya pahit dan hangat, seperti apa yang dirasai oleh sesiapa yang baru pertama kali menggunakan kayu siwak. Kajian turut membuktikan bahawa bahan ini boleh membantu dalam membunuh beberapa jenis kuman.

Dalam pada itu, kita juga mengkaji apakah faktor yang menyebabkan Umat Islam jarang menggunakan kayu sugi yang sebenar untuk dijadikan amalan sebelum bersolat. Di sini kita dapati antaranya :

  1. Kesukaran mendapatkan Kayu Sugi.
  2. Bersugi menggunakan kayu sugi masih kelihatan janggal dalam masyarakat
  3. Masyarakat menganggap kayu sugi yang telah digunakan berkali-kali sebagai kotor , berbau dan terdedah kepada kuman.
  4. Para professional merasakan membawa kayu sugi sebagai suatu perkara yang pelik dan kekok untuk dibawa kesana-kemari.
  5. Terdapat juga yang menganggap menggosok gigi dengan kayu sugi dikhalayak ramai sebagai menunjuk-nunjuk dan disalahtafsir.

 

Apabila melihat Kajian-kajian seperti ini,  maka kita dapati sekarang ini syarikat pengeluar ubat gigi berlumba-lumba mengeluarkan produk yang bercirikan kayu sugi bagi menarik pasaran pengguna Islam. Walhasil kita dapati Umat Islam pula kelihatan menyambut baik inovasi ini. Bagi masyarakat Islam yang tidak mahu terlepas dari manafaat dan kebaikan kayu sugi memilih untuk menggunakan ubat gigi kayu sugi.

Namun apa yang didapati dalam pasaran menunjukkan bahawa estrak kayu sugi yang digunakan amatlah sedikit dan manafaat serta kebaikan sebenar kayu sugi amatlah minima. Perkara ini dirasakan tidak adil kepada pengguna yang rata-rata mengharapkan khasiat sebenar kayu sugi melalui ubat gigi dalam pasaran.

Firman Allah Surah al-Maidah, Ayat 2, yang mafhumnya berbunyi:

“Dan hendaklah kamu bertolong -tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa , dan janganlah kamu bertolong – tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan .Dan bertaqwalah kepada Allah , kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya ).

Atas kesedaran dan keinsafan ayat di atas, maka Al-Meswak Mu’min tampil untuk membantu umat Islam di dalam perkara yang menuju ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Biar usaha kami ini hanyalah membantu Umat Islam mengamalkan sunnah Rasulullah, iaitu perkara sunnat. Biarkan amalan ini tidak mencapai hukum WAJIB, namun kami lakukan atas saranan hadis berikut :

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani (R.A), Rasulullah (S.A.W) bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun”. [Riwayat Ibn Majah]

Kini al-Meswak Mu’min ke hadapan untuk memperkenalkan kepada produk yang dinamakan B*SUGI. Ianya adalah satu inovasi lebih 90% estrak dari kayu sugi. Mungkin ada yang bertanya, apakah perbezaan ubat gigi dengan B*SUGI ini. Jawapannya adalah dilihat kepada penggunaannya. B*SUGI mudah untuk digunakan, Ianya di dalam bentuk gel yang hanya dititikan kepada jari dan disapukan kepada gigi dan gusi seterusnya kita berkumur dituruti dengan berwudu’. Apa yang ditekankan di sini sememangnya amalan menggunakan kayu sugi adalah yang terbaik seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. B*SUGI ini pula adalah alternatif terbaik yang dibawakan oleh pihak kami bagi memudahkan umat Islam mengamalkan sunah bersugi ketika setiap kali hendak bersolat.

Alhamdulillah, Kami dengan ikhlas hati mengucapkan ribuan terima kasih. Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memberikan kerjasama.

 

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dengan lafaz Jazakallahu Khairan Kathira buat semua yang meyokong produk B*SUGI ini. Sesunguhnya ianya memberikan semangat kepada kami untuk terus berkhidmat dan memberikan sumbangan serta manfaat khususnya kepada umat Islam. Saya menghulurkan tangan memohon kemaafan sekiranya ada yang datang dari kelemahan diri saya.

Wassalam.

Ringkasan teks ucapan, CEO Mu’min, semperna majlis perasmian kempen “Bersugi Sambil Menderma Kepada Tabung Masjid” peringkat Wilayah Persekutuan.

Dif Kehormat : Sahibus Samahah Datuk Haji Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan

Penyelidikan fakta oleh : Ybhg Ustaz Abdul Matin B Abdul Rahim, Penasihat Syariah, Al Meswak Mu’min Sdn Bhd

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *