THANK YOU ALLAH…ALLAHUAKBAR

THANK YOU ALLAH…ALLAHUAKBAR
img_1931Guru saya pernah berpesan bahawa kita seharusnya mempunyai keazaman besar dalam hidup untuk mencapai apa sahaja yang diingini. Keazaman ini seharusnyalah jelas dan selalu berusaha untuk mencapainya. Katanya “Selepas habis akal barulah kita bertawakal”  maksudnya kita seharusnya berusaha sehingga tahap maksimum dan kemudian kita menyerahkannya kepada Allah untuk menentukan segalanya.
Sebelum mengerjakan Ibadah Haji, saya dipesan melalui kuliah ilmu agar kita sebagai seorang insan yang menumpang di bumi Allah ini seharusnya mempunyai usaha untuk menegakkan syiar islamiah. Di antara pesan beliau, berazamlah untuk mengislamkan seseorang di bumi Allah ini semasa hayat kita.

halim2
Ketika di Masjidil Haram saya didatangai oleh beberapa jemaah dari Turki, Pakistan dan India juga berbicara tentang topik yang sama. Kata jemaah dari Pakistan, “Assalamualaikum, Where are you from?” sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam. Saya menjawab, “Waalaikumussalam, I am from Malaysia”. “Ooo which part of Malaysia, because I have been there several time?”katanya. “My home town is in Kedah but I stay in Penang, both states is in North part of Malaysia” balas saya. “Ya I know that place. Sir, you can do a lot dakwah in Malaysia because more that 40% Malaysian is non muslim. Not like us in Pakistan. You should take that opportunity to do Dakwah to the non Muslim, at least you should convert one of them”.
halim3
Saya termenung dengan kata-katanya. Mengapa topik yang sama di pesan dan di ingatkan kepada saya berulang kali. Selepas mengerjakan umrah pada hari tersebut, saya berpeluang hampir 20 minit di depan Multazam, antara tempat-tempat mustajab berdoa. Di antara doa saya pada waktu itu adalah untuk Allah memberikan ruangan dan kelapangan kepada saya untuk mengislamkan walaupun seorang hamba Allah.
Sekembalinya saya di Malaysia tidak pernah sedetik pun saya ingat akan doa tersebut. Namun Allah itu Maha kaya. Saya diuji dengan doa yang saya sendiri pernah memintanya. Seorang hamba Allah berasal dari daerah Hull, United Kindom (UK) yang merupakan kenalan kepada adik saya telah datang ke Malaysia pada hari Raya Aidil Fitri tahun 2012. Seminggu dia bersama keluarga kami. Namanya Philip Huoghton, berusia 40 tahun yang bekerja di Australia. Setelah selesai lebaran, beliau pulang ke Negara Kangaroo, namun selepas 3 hari beliau datang semula ke Malaysia dan beliau berhajat untuk memeluk Islam. Subhanallah….Allah Maha Besar Zatnya. Oleh kerana saya merupakan orang yang paling dipercayainya beliau menyerahkan segalanya untuk saya uruskan. Beberapa hari Philip menumpang di rumah saya dan hampir setiap malam saya menurunkan serba sedikit ilmu berkaitan Islam sekadar termampu.
halim5
Saya merujuk perkara ini kepada Penasihat Syariah syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd, Ustaz Abdul Matin dan beliau telah menghubungi sahabat beliau Nazir Masjid Subang Desa Perdana iaitu Ustaz Milatul Shamsi. Alhamdulillah Allah telah memudahkan segalanya. Segala urusan dengan Majlis Agama Islam Selangor (JAIS) berjalan dengan sempurna sekali. Ustaz Shamsi sendiri telah mensyahadahkan Philip. Saksi terdiri daripada beberapa orang kakitangan Al-Meswak Mu’min serta saya.
Dengan Lafaz ” I bear witness that there is no god but Allah, and I bear witness that Muhammad (pbuh) is the servant and Messenger of Allah” dan Syahadah maka Philip telah sah menjadi seorang muslim. Saya juga bertindak sebagai penterjemah untuk Philip. Bercucuran air mata saya setelah selesai majlis tersebut. Ketika berpelukan dengan Philip tak putus-putus ucapan syukur saya terhadap Allah Azawajalla kerana telah memekbulkan doa saya.
halim1
Philip telah memilih nama Islam sebagai Abdul Halim Houghton besemperna nama Ayahanda saya kerana secara kebetulan tarikh lahir mereka adalah sama paga 9 Ogos.
Semoga Abdul Halim Houghton Berjaya menempuh kehidupan sebagai seorang Muslim
Sekian, Wasalam.
Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *