TERIMA KASIH WARDINA SAFFIYAH

TERIMA KASIH WARDINA SAFFIYAH
wardina duta 1Sebelum melelapkan mata pada pagi ini, sambil menyenaraikan perkara yang sepatutnya saya lakukan pada keesokan hari teringat saya kepada bekas Duta Ubat Gigi Mu’min iaitu Puan Wardina Saffiyah yang telah tamat kontrak sebagai Duta produk kami.
Nukilan coretan saya pada hari ini saya tujukan khas buat Puan Wardina Saffiyah.
Puan Wardina Saffiyah mula menjadi Duta Ubat Gigi Mu’min pada tahun 2010 dan semasa itu saya masih belum bersama ALMM. Satu majlis memperkenalkan Duta kepada umum telah dilakukan pada November 2010 dan Puan Wardina sempat membuat iklan produk kami.

Setelah saya mengambil alih saham syarikat ini saya berkesempatan bertemu dengan Puan Wardina serta suami beliau saudara Ikhwan yang selalu menguntumkan senyuman dan mempunyai sifat penyabar serta menrendah diri. Puan Wardina sempat menghadiri Majlis Pertandingan Bintang Nasyid Mu’min peringkat Negeri Selangor yang di adakan di SACC Mall dan itu merupakan komitmen terakhir beliau bersama ALMM.
 wardina duta 4
Saya secara peribadi dan mewakili seluruh warga ALMM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Wardina serta keluarga kerana memberikan kerjasama yang jitu sepanjang menjadi Duta produk syarikat kami. Saya mendoakan Puan Wardina akan mencapai lebih kejayaan dan teruskan usaha DAKWAH yang sedang dijalankan.
wardina duta 2
Moga Allah sentiasa merahmati usaha beliau.
Sekian, Wasalam
Iklas dari,
Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *