Bintang Nasyid Mu’min : Suatu Perjalanan Dakwah

Bintang Nasyid Mu’min : Suatu Perjalanan Dakwah

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan jasanya kita dapat menikmati nikmat Islam pada hari ini.  7 Julai 2012 merupakan lokasi pertandingan terakhir untuk musim kelima (5) Bintang Nasyid Mu’min dan lokasi pertandingan terakhir ini adalah di Kuantan Parade, Pahang Darul Makmur. Selepas ini semua pemenang peringkat negeri akan berentap di Kuala Lumpur untuk memilih pasukan terbaik peringkat kebangsaan yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3000.

Menyingkap kembali suka duka penganjuran di peringkat negeri ini, Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd berhadapan dengan pelbagai cabaran dan karenah. Mengingati kata-kata seorang guru saya bahawa banyak cabaran yang perlu kita tempuhi seandainya kita ingin menjalankan kerja-kerja dakwah ini. Namun Alhamdulillah kami melangkah terus kehadapan walaupun terpaksa mengharungi pahit dan getirnya.

Program Bintang Nasyid Mu’min ini terlalu istimewa bagi kami. Mana tidaknya, inilah satu-satunya program “Dakwah berasaskan Education Entertainment”  yang di anjurkan oleh pihak Korporat secara konsisten tahun demi tahun bermula dari peringkat sekolah rendah pada tahun 2006 dan kini peringkat sekolah menengah.  Kami amat berasa bangga kerana pertandingan ini di adakan secara terbuka di pusat-pusat membeli belah dan kita dapat melaungkan kalimah Allah dan puji-pujian terhadap junjungan besar Rasulullah SAW di pusat-pusat membeli belah ini. Moga dakwah kecil kami ini sampai kepada mereka-meraka yang mendengar dan mengunjungi program kami.

Sepanjang penganjuran saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri serta tidak dilupakan Sektor Pendididkan Islam setiap negeri  kerana membantu kami dengan menghantar pasukan-pasukan yang terbaik bertanding.Sekalung ucapan terima kasih juga kepada  Bank Kerjasama Rakyat atau lebih di kenali sebagai Bank Rakyat yang menaja hadiah tambahan untuk Johan sebanyak RM 200 setiap pasukan serta lain-lain syarikat yang terlibat. Jasa kalian tidak dapat kami lupakan.

sektor pendidikanMenyingkap teks ucapan wakil dari Sektor Pendidikan Islam Negeri Pahang, Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Muhaimin Bin …… ” Sekalong tahniah kepada kepada Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd kerana Berjaya menganjurkan pertandingan Nasyid yang istimewa ini. Dedikasi Guru-guru, tenaga pengajar serta pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini memastikan Pahang Boleh dan tiada yan mustahil andai semangat kerja berkumpulan, persefahaman yang kental dan saling bertolak ansur sentiasa menjadi amalan dan pegangan kita dalam menghada[I apa jua kondusi dan situasi. Pertandingan Nasyid ini bukan saja dapat mengcukil bakat-bakat baru di kalangan pelajar secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah serta tali persaudaraan sesame kita”

Apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah bukan sahaja skop dakwah yang dapat kita lihat namun lebih daripada itu. Insyaallah BNM ini akan diteruskan di masa-masa akan datang selain dari memertabatkan Irama Nasyid di persada antarabangsa.

Akhir kalam saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kakitangan-Kakitangan Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd yang bertungkus lumus menjayakan projek ini. Telah beberapa lama mereka tidak bercuti di hari minggu menjelajah seluruh negeri. Terima kasih juga kepada Melody Production iaitu saudara A.Ali komposer terkenal tanah air, Saudara Hisyam dari syarikat ______, En Baharom juru kamera rasmi projek, pengacara-pengacara majlis, Majlis Perbandaran Kota Baharu, Rakan-rakan media serta mereka-mereka yang tidak dapat saya sebut di sini kerana tampa kalian di belakang tabir tidak mungkin Bintang Nasyid Mu’min di adakan dengan jayanya.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/martabat-industri-nasyid-1.37905

http://spimelaka.bpi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=713%3Apertandingan-nasyid-bintang-mukmin-2012&Itemid=76

 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Sekian Terima Kasih.

 

“Indahnya Pabila Semua KeranaNYA”

 

Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim.

Ketua Pegawai Eksekutif

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *