CEO AL-MESWAK MU’MIN DI TV3

CEO AL-MESWAK MU’MIN DI TV3

tv3Semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang selepas bertemu Dato’ Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya telah menerima satu SMS daripada saudara Tabah Syazwan, penyampai dan penerbit rancangan sukan TV3 yang terkenal dengan program SCORE BOARD. “Tuan saya nak jemput tuan bersama-sama memeriahkan siaran langsung program SORAK BORAK EURO 2012 malam esok boleh”. Aduhai sesuaikah saya untuk memberi ulasan terhadap sukan bola sepak EURO 2012 ni? Pemain bola sepak tempatan pun belum kenal habis lagi. Inikan pula pemain bola sepak antarabangsa.

Namun di atas rasa setia kawan dengan saudara Tabah Syazwan dan demi syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd saya menerima cabaran ini. Teringat saya pada satu Hadis Rasullulah S.A.W. tentang fadhilat menunaikan hajat sesama umat, saya gagahi juga.

Alhamdulillah program Sorak Borak Euro 2012 pada jam 1 pagi tersebut berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada TV3 kerana menjemput kami. Insyaallah jika ada kelapangan dapat kita berkerja sama lagi untuk masa-masa akan datang.

 

 

Wasalam,

 

Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim.

Ketua Pegawai Eksekutif

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *