PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR

PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR

perbendaharaan-sel1Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah pada hari ini, 3 July 2012 saya telah dijemput oleh Perbendaharaan Negeri Selangor, sebagai salah seorang pembentang kertas kerja keusahawanan semperna Majlis Dailog Bajet 2013. Majlis di adakan di Hotel Grand Dorset, Subang Jaya bermula pada jam 9.30 pagi sehingga hamper jam 12.00 tengahari.

Tajuk pembentangan adalah ” Pembangunan Usahawan, ke arah mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan”, satu tajuk yang saya sukai. Saya tidak berseorangan dimajlis tersebut. Antara tetamu yang dijemput adalah Pengurus Besar 99 Speedmart Sdn. Bhd. Yang mempunyai rangkaian kedai runcit sebanyak 350 buah sperbendaharaan-sel2erta Dr. A.P. Sivam dari syarikat A.P.S Manja Sdn Bhd iaitu pengeluar produk makanan berjenama Puteri. Moderator program adalah Y.B T uan Dr. Yaakob Bin Sapari.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur kerana memberikan kepercayaan kepada saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd untuk saya berkongsi sedikit ilmu yang ada. Moga-moga sedikit pengisian tadi telah dapat dikongsi bersama-sama dengan peserta program.

 

Terima Kasih daun Keladi,

Kalau Sudi jemputlah lagi.

Sekian, Wasalam.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *