Al-Meswak Mu’min Sebagai Trend Setter?

Al-Meswak Mu’min Sebagai Trend Setter?

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt,

Sebelum pengambilalihan saham di dalam syarikat ini, saya telah beberapa lama membuat penilaian terhadap prestasi syarikat. Saya melihat dari pelbagai aspek seperti Jenama, prestasi semasa, penerimaan masyarakat terhadap produk dan pelbagai aspek lain. Namun beberapa factor berikut menjadi pendorong utama untuk tujuan tersebut :

Ubat Gigi Pertama Yang Mendapat Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM

Seperti yang saya coretkan di dalam artikel yang lalu HALAL vs HALAL, terbukti bahawa inisiatif yang di ambil oleh pengurusan terdahulu adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap ummah. Oleh kerana itulah di dalam coretan saya yang lalu saya mempersoalkan tentang Halal Fardhu Kifayah dan Halal Komersial, walaupun mereka-mereka yang menerajui industri ini melebihi 50 tahun namun tiada rasa tanggung jawab terhadap isu-isu sensitif terhadap umat islam.

Mengeluarkan Ubat Gigi Dengan Ekstrak SUGI

ALMM mengeluarkan Ubat gigi dengan ekstrak kayu sugi. Sekali lagi ianya menjadi satu ikutan oleh pengeluar-pengeluar ubat gigi yang lain termasuklah “Multi National Corporations”.

Brand Equity Award

Pada tahun 2008, Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd telah di anugerahkan “The Silver Brand Equity Award” iaitu pengiktirafan sebagai salah sebuah Jenama yang meningkat dengan pantas di Malaysia. Penilaian dibuat oleh syarikat antarabangsa ternama iaitu AC Nelson. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian Al-Meswak Mu’Min Sdn Bhd sebagai syarikat yang memegang jenama Mu’min. Secara lazimnya anugerah ini dipelopori oleh syarikat antarabangsa (Multi National Corporations). Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang menerima anugerah tersebut sehingga ke hari ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada pentadbiran yang lalu dan kakitangan-kakitangan Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd yang telah berusaha keras memajukan syarikat ini.

Saya teringat sebuah buku yang pernah saya baca tetapi terlupa nama penulisnya, THE MAGIC OF THINKING BIG. Buku ini menceritakan bahawa kita harus berfikir dengan skop yang lebih luas dan tidak terbatas dengan persekitaran kita sahaja. Dalam kata yang lebih mudah, Angan-angan Mat Jenin itu sebenarnya BAGUS tapi dengan syarat kita berusaha dengan penuh strategi untuk mencapai cita-cita kita. Masyarakat MELAYU di momok dengan cerita bahawa angan-angan Mat Jenin adalah angan-angan kosong semata-mata, jesteru itu orang MELAYU diajar berfikiran sempit dan jumut.

Sebenarnya di dalam Islam sudah lama kita di ajar konsep THE MAGIC OF THINKING BIG ini. Lihatlah pemuda-pemuda Islam di zaman Rasulullah S.A.W dan selepasnya. Walaupun berusia muda namun mereka memberikan impak yang kuat terhadap perkembangan ISLAM. Kenapa ini terjadi ? Jawapannya kerana pendedahan mereka kepada ilmu yang bermanafaat walaupun usia mereka muda. Lihatlah ANAS IBNU MALIK, SULTAN SALEHUDDIN AL AYUBI dan lain-lain tokoh lagi.

Seperkara lagi Islam telah lama mengajar kita ALWAYS DO THINGS WITH THE END RESULT IN MIND. Kita di ajar bahawa wujudnya kehidupan lain setelah Kiamat. Maka kita harus melakukan amalan kebaikan semasa hayat kita agar ianya menjadi bekalan di akhirat kelak.

Apa yang saya hendak perkatakan di sini walaupun kami di ALMM merupakan syarikat SME dan baru di dalam industri ini namun  THE MAGIC OF THINKING BIG yang kami praktiskan akhirnya dapat memberikan manfaat kepada Ummah dan menjadi ikutan bagi pengeluar Ubat Gigi lain walaupun mereka telah mempolopori industri ini sekian lama.

Adakah Al-Meswak Mu’min Sebagai  Trend Setter?. Sama-sama kita fikirkan. Moga Allah sentiasa memberikan ilham dan kekuatan kepada kami. Insyaallah

Wasalam.

Selamat menyambut kedatangan Syaban.

Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim

Ketua Pegawai Eksekutif

Al-Meswak Mu’Min Sdn Bhd

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *