DARI MEJA CEO

DARI MEJA CEO

zaihal-wan

Segala puji-pujian bagi Allah Azawajalla serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan lipah dan inanyahnya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog ini.

“DARI MEJA CEO MU’MIN” adalah sebuah halaman yang akan saya gunakan sebagai medium perantara di antara pengurusan Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd dan pengguna yang telah menyokong produk kami. Ianya juga merupakan sebuah platfom untuk menyampaikan wadah serta pandangan saya terhadap perkembangan yang berlaku di Al-Meswak Mu’Min Sdn. Bhd.

Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd. atau lebih di kenali sebagai pengeluar Ubat Gigi Mu’min, adalah merupakan sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh Bumiputera Islam. Alhamdulillah pada 1hb Mac 2012 saya bersama isteri, Dr Wan Harzita Bt Wan Mat telah mengambilalih sebanyak 51% pegangan saham syarikat ini. Pengambilalihan saham ini dilihat bertepatan dengan kerjaya Dr Wan Harzita Bt Wan Mat sebagai Doktor Pergigian.

Insyaallah dengan pengalaman yang kami ada sepanjang menjalankan perniagaan akan kami gunakan sebaik mungkin untuk “meletak dudukkan” (reposition) Al-Meswak Mu’Min Sdn Bhd kepada satu tahap yang berbeza sebagai pengeluar produk-produk HALAL untuk kegunaan semua masyarakat.

Kami amat berharap dengan era baru pentadbiran ini dapat memberikan manfaat kepada pengguna setia Ubat Gigi Mu,min yang secara berterusan menyokong produk kami.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim

Ketua Pegawai Eksekutif

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *