PERTEMUAN DENGAN MUFTI

PERTEMUAN DENGAN MUFTI
Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.mufti-penang
Bait-bait pantun di atas adalah gambaran yang cukup tepat untuk ditujukan kepada diri saya sendiri amnya dan kami di syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd khususnya di dalam mencari ilmu dan pandangan terhadap hukum-hukum syarak untuk produk keluaran terbaru kami.
Saya bersama-sama Perunding Syariah syarikat, Al Fadhil Ustaz Abdul Matin, telah menjelajah seluruh negeri di semenanjung Malaysia meminta pandangan terhadap produk terbaru kami yang bakal dilancarkan pada bulan Julai 2012.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Sahibul Samahah Dato’ Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sahibul Samahah Datuk Wan Zahidi Bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan kerana menerima kunjungan kami insan yang kerdil ini.
Pandangan-pandangan Samufti-wphibul Samah sekelian amat bermakna kepada kami untuk kami terus menghasilkan produk berkualiti dan halal khusus untuk kegunaan umat Islam secara keseluruhan.
Para Ulama pewaris Nabi,
Buat panduan Ummah terkini,
Pandangan Sahibul Samah kami ikuti,
Agar manfaat terus dirasai,
Iklas dari,
Haji Zaihal Hazri Bin Abdul Halim,
Ketua Pegawai Eksekutif,
Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *